Sunday, October 16, 2011

Konvokesyen UPM

Tanggal 16 Oktober 2011, telah berlangsungnya konvokesyen anak saya yang ke 11 iaitu Muhamad Khairul Anwar di UPM Serdang bagi peringkat diploma. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kebetulan sekarang anak saya menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di UPM serdang, yang sebelum ini mengikuti pelajaran diploma di UPM Kota Kinabalu. Oleh yang demikian, ini memudahkan urusan kami kerana sekurang-kurangnya Anwar tahu selok belok di UPM serdang tersebut. Sebelum ini saya telah menjahit labuci dan manik di lengan baju kurung yang diposkan oleh anak saya yang berada di Johor. Jesteru itu, saya telah buat pilihan untuk memakai baju kurung ini semasa konvokesyen anak saya tersebut. Dan inilah hasilnya...









Oleh kerana anak saya Irma Fauzani telah pos 2 helai baju, saya tunjukkan pula baju saya yang ke dua ni pula untuk tatapan anda semua...








No comments:

Post a Comment