Sunday, August 14, 2011

Perkenalan

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat mencapai matlamat saya untuk membuka sebuah blog untuk tatapan semua. Saya Rahimah Muhamad menetap di kubang kerian, Kelantan.Bermula dengan tugas seorang guru bahasa Malaysia, saya meluangkan masa lapang saya dengan mempelajari pelbagai jahitan. Antara jahitan yang pernah saya ikuti termasuklah menjahit baju kurung ( belajar dari arwah ibu saya ) sulaman tangan, jahitan sulaman tudung, jahitan sulaman mesin, jahitan pelapik meja dll. Dan sekarang mengikut aliran masa dan trend, saya kini mempelajari jahitan labuci dan manik. Dengan sedikit ilmu dari rakan-rakan dan melalui internet, saya cuba menjahit pelbagai jahitan bunga manik mahupun labuci. Alhamdulillah saya telah menggunakan skill jahitan itu sebaik mungkin, dan cuba menjahitnya di baju sendiri. Kini saya sudah bersara, dan kebanyakan masa saya tumpukan pada jahitan manik dan labuci atas tempahan beberapa orang kenalan. Jesteru itu, Saya berharap anda semua boleh la memberi komen membina dan saya akan cuba lakukan dengan lebih baik dari masa ke semasa. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment