Monday, October 31, 2011

Jahitan Pertama

Untuk permulaan menjahit, saya cuba menjahit jahitan yang simple terdahulu. Dibawah ni saya tunjukkan kepada anda jahitannya. Kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang kemudian. Sesungguhnya pengalaman pertamalah yang membuatkan hasil kita kelama-lamaan menjadi lebih bagus. Jesteru itu, jangan mudah putus asa apabila melakukannya sesuatu pekerjaan, dan pupuklah minat dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Jangan lupa untuk bersyukur setiap apa yang kita ada selama ini. Insya-Allah sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang hambaNya lakukan. Semoga kita mendapat rahmat dariNya. Amin..


Sunday, October 16, 2011

Konvokesyen UPM

Tanggal 16 Oktober 2011, telah berlangsungnya konvokesyen anak saya yang ke 11 iaitu Muhamad Khairul Anwar di UPM Serdang bagi peringkat diploma. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kebetulan sekarang anak saya menyambung pengajiannya di peringkat ijazah di UPM serdang, yang sebelum ini mengikuti pelajaran diploma di UPM Kota Kinabalu. Oleh yang demikian, ini memudahkan urusan kami kerana sekurang-kurangnya Anwar tahu selok belok di UPM serdang tersebut. Sebelum ini saya telah menjahit labuci dan manik di lengan baju kurung yang diposkan oleh anak saya yang berada di Johor. Jesteru itu, saya telah buat pilihan untuk memakai baju kurung ini semasa konvokesyen anak saya tersebut. Dan inilah hasilnya...









Oleh kerana anak saya Irma Fauzani telah pos 2 helai baju, saya tunjukkan pula baju saya yang ke dua ni pula untuk tatapan anda semua...








Sunday, September 25, 2011

Irma Fauzani

Irma Fauzani merupakan anak perempuan saya yang kini menjadi seorang pendidik di SMK Gelang Patah, Johor. Biasanya dialah yang menjahit baju kurung saya. Jesteru itu, saya telah menjahit manik pada lengan bajunya sebagai penghargaan terima kasih. 


Jiran Ku

Kali ini  saya pamerkan jahitan manik pada lengan baju jiran saya pula. Design saya gunakan simple dengan manik terabur. Saya perlu hasilkan pelbagai corak berlainan agar lebih tampak menarik. Harapan saya agar masa akan datang nanti lebih memahirkan saya dengan jahitan manik ini. Tunjuk ajar dan maklumat dari internet memberi informasi yang berguna kepada saya. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini. 


Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya


Selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Bersyukur ke hadrat illahi kerana setelah sebulan kita berpuasa alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya kita semua dapat menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya. Moga-moga kita semua umat Islam mendapat rahmat, keampunan dan Syurga-Nya.. Amin.. Ramadhan kali ini lebih mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.. Jesteru itu, bersyukur la kita semua atas rahmat-Nya dan sentiasa bersyukur kerana masih diberi kekuatan dalam beribadat dan menghambakan diri kepada-Nya. Alhamdulillah..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan saya memohon maaf atas segala dosa yang pernah saya lakukan kepada siapa yang terguris hati samada dengan sengaja atau tidak. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri saya sendiri dan yang baik itu datang dari Allah s.w.t.

Sunday, August 14, 2011

Tempahan

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah untuk jahitan manik dan labuci, bolehlah membuat tempahan di alamat seperti berikut :


RAHIMAH MUHAMAD
2492 Desa Hidayah
Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu,
KELANTAN.
019-9105469

Baju Raya

Di sini saya lampirkan gambar baju yang telah saya jahitkan di lengan baju kurung anak saya iaitu Irma Zarifah dan Irma Nurhidayah. Saya cuba menjahitnya dengan design dan jahitan yang berlainan.